Friday, November 5, 2010

~kisah Kami Pelajar Pra-u/Matrikulasi johor~

....KOLEJ MATRIKULASI JOHOR...

Setelah menamatkan pengajian kami di peringkat sekolah menengah , kolej matrikulasi ini lah yang kemudiannya menjadi tempat kami meneruskan perjuangan sebagai pelajar bagi mencapai cita-cita dan memenuhi impian ibubapa . Di samping itu juga , di sini la tempat tinggal yang kedua bagi saudara dan saudari yang dulunya tidak pernah tinggal jauh dari keluarga . Kehidupan berasrama mengajar kami sedikit sebanyak erti kehidupan berdikari dan tidak bergantung lagi kepada orang tua . Seperti yang kita semua ketahui , Kolej Matrikulasi johor ini terletak di daerah Ledang . 

..MERCU TANDA KMJ..

Mercu tanda ini sering kali menjadi tempat singgahan bagi semua pelajar KMJ yang terlalu obses dengan kamera . Mereka menjadikan tempat ini tempat untuk mengambil gambar dan di samping itu juga mereka akan berasa bangga dapat melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Johor "KMJ" . 

..GAMBAR BERSAMA FASILITATOR..

Gambar ini di ambil di hari akhir kami bersama fasilitator . Selama seminggu kami menjalani orientasi , dimama kami saling berkenal-kenalan antara satu sama lain dan mengeratkan hubungan kami sebagai satu pasukan yang bakal menerajui hayat 22 . Sebenarnya , ahli hayat 22 ni ramai , tapi di sebabkan masa yang tidak mennizinkan pada masa itu , ada di antara mereka yang telah pilang ke bilik . Maka yang terlibat dalam sesi pegambaran ini hanya beberapa orang sahaja . Iaitu : ~dari kiri belakang: Mohd, Amirul Husna , Qaim , Haziq ,Fasha , AIsyah , Najlaa , Diana . 
Baris hadapan dari kiri : Ayu , Pija . Kak Oshiro ,Kiren .
Maaf ea... saya dah lupa la pada nama yang tak ada tu. Bukan di sengajakan . Maaf sangat-sangat . 
Semasa orientasi banyak aktiviti yang kami lakukan bersama , di mana pada minggu ini juga la kami belajar dan menghafal lagu kolej kami . Lagu KMJ yang bertajuk PERSADA GEMILANG . 

~PERSADA GEMILANG~

PERSADA GEMILANG

Kami generasi harapan
Menjunjung citra mulia
Berdisplin Ketrampilan
Mercu tanda kejayaan

Perkasakan jatidiri
Cemerlangkan akademik
Iltizam menuju jaya
Ikrarku padamu

Kolej Matrikulasi Johor
Wahana ilmu berzaman
Majulah bangsa dan negara
Tuhan berkatilah

Bersamalah dijayakan
Wawasan negara murni
Aspirasi kolej dihayati
Persada ilmu gemilang

nyanyilah lagu ini , jika anda tiba-tiba rindukan suasana kolej anda . 




~Selama setahun kami bersama mengejar cita-cita , pelbagai cabaran dan dugaan yang kami harungi bersama . Di dalam kesusahan ada juga kesenangan . Kami sering melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama . Di samping itu , kami turut berasa sedih pada mulanya di mana ada di antara kami yang melanjutkan pelajaran ke institusi lain . Bagi kami semua , setiap pertemuan pasti ada perpisahan . Antaranya , kiren dan diana yang telah melanjutkan pengajian mereka ke luar negara , Qaim yang telah bertukar jurusan dari sains hayat ke sains fizikal , n tidak lupa juga kepada Nana yang turut serta pergi meninggalkan kami . Hari berganti hari , semakin ramai pula yang meninggalkan kami . Ingatlah kami dalam doamu kawan-kawan . 

Setibanya bulan puasa , kami beramai-ramai berbuka puasa bersama-sama dengan mentor kesayangan kami . Detik ini tidak akan kami lupakan sama sekali . 

Hadi , Syuk , Amir , Afiq , Amar

Wanie , Zul , Kak Zafi , Huda , Nabila 

Fasha , Eika , Idah , Najlaa , Shafika 

The girls and my beloved mentor 'miss Zana'

Kisah yang seterusnya merupakan kisah kami di semester 2 . Pada masa ini , kami lebih enjoy dari semester 1 . Biasa la , Masing-masing dah pandai bergaul dan rapat antara satu sama lain . Di semester kedua ini ,banyak aktiviti yang melibatkan interaksi antara ahli pasukan . Di mana banyak pertandingan yang melibatkan peyertaan semua ahli antara nya : Dinamika "teater , fashion show , sajak ,pantun dan sebagainya " , Bio tressure , chem explorace dan macam-macam lagi . 

~Ini merupakan antara aktiviti yang kami jalankan~
Dihari terakhir kelas agama bersama ustaz Hisham.

Meriah sungguh mereka semua.... 


Group fashion show..

Di dalam kuliah kesayangan mereka2... 

~Walau kita semua telah terpisah... tapi ingatlah bahawa kenangan kami bersama tidak akan pernah luntur walaupun usia telah meningkat.. Akhir kata , berkawan la selagi termampu... Cipta la memori bersama... Agar bila kita dewasa ,kita akan sedar bahawa bersahabat mendapatkan kebaikan kepada semua dan ada juga secebis kenangan yang boleh kita kongsikan pada masa akan datang,,, ~

KOLEJ MATRIKULASI JOHOR 'kmj' you are still in my heart until the end of my life. Nothing that can make your life happy than your experience and memory with your friends.. 

...HAyat 22~loVe U~And Love U alLs... 




2 comments: