~Kehidupan seorang anak kampung~
` Bermulanya kisah ini dari seorang anak kampung yang bernama Karina. Karina dulunya merupakan seorang anak yang datang dari keluaraga yang biasa-biasa kehidupannya. Ayahnya yang berkerja di luar negara dan ibunya pula merupakan surirumah tangga sepunuh masa. Sejak kecil lagi Karina telah terbiasa dengan kehidupannya yang tidak mempunyai kakak. Sedangkan pada dasarnya dia memiliki kakak yang tinggal bersama neneknya atas tujuan untuk menemankan datuk dan neneknya yang telah tua di kampung. Karina sedar bahawa ayahnya lebih menyayangi kakaknya yng tinggal di kampung. Kakaknya sering mendapat apa sahaja yang dikehendakinya dengan mudah sedangkan Karina hanya menggunakan setiap barang yang telah di gunakan oleh kakaknya. Karina tidak pernah membangkang mahupun membantah setiap yang diarahkan oleh ayahnya. Kehidupan Karina semakin berubah semenjak dia bersekolah di sekolah rendah. Karina sering dimarahi oleh kedua orang tua nya. Kata-kata yang masih segar di ingatannya ialah “kalau malas belajar , tak payah pergi sekolah lagi sampai bila-bila”. Karina tidak dibenarkan bermain di luar bersama kawan-kawannya. Dia hanya banyak menghabiskan masa di dalam rumah , menonton televisyen dan bermain dengan adik-adiknya yang masih kecil. Karina tidak pernah sekalipun mendapat anak patung ataupun permainan lain , dia hanya bermain dengan mainan yang tidak di gunakan lagi oleh kakaknya. Hal ini membuatkan Karina semakin sedih. Semakin hari kehidupannya semakin berubah , dia pernah tidak mempunyai kala warna selama setahun kerana ayahnya tidak mahu membelikan kala itu lagi kerana Karina suka membazirkan kala warna yang ada untuk menconteng dan mewarnakan buku warnanya. Setahun bukan la masa yang singkat , seperti yang kita ketahui kehidupan di sekolah rendah mempunyai peperiksaan yang banyak menggunakan kala warna ketika itu. Karina juga pernah di marahi oleh guru-gurunya kerana tidak mempunyai kala warna. Walaupun semua itu terjadi Karina tidak pernah salahkn kedua orang tuanya. Karina sedar setiap yang berlaku mesti ada kebaikannya pada dirinya , dimana ia sedikit sebanyak mengajar erti kesabaran dan kepayahan hidup seorang ayah untuk membesarkan anak-anaknya.
Beberapa tahun kemudian , ayahnya mengalami masalah kewangan . Di mana syarikat tempat ayahnya bekerja mengalami masalah dan mengakibatkan ayahnya di berhentikan kerja. Pada saat itu , kehidupan Karina sekeluarga menjadi serba kekurangan dan pernah juga mereka tidak makan nasi sehari . Detik itu , masih segar dalam ingatan Karina walaupun dia masih kecil lagi masa itu . Kami seperti kehilangan segala-galanya pada masa itu . Bayangkan anak-anak kecil tidak mempunyai makanan untuk dimakan dan hanya berbekalkan tepung yang digunakan untuk memasak “lempeng” bagi mengisi perut kami pada masa itu . Kegawatan ekonomi pada masa itu , benar-benar di rasai oleh semua masyarakat termasuk keluarga Karina . Ayah Karina terus berusaha mencari kerja di tanah air sendiri bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga . Sebulan bekerja dalam bahagian pembuatan bangunan di bawah tajaan orang melayu sendiri , ayahnya tidak di bayar gaji dan di tipu bulat-bulat oleh pengurus tersebut . Hal ini , mengakibatkan ayahnya berhenti kerja dan pulang ke kampung bagi meneruskan kehidupannya sebagai orang kampung yang serba kekurangan . Mereka sekeluarga pun berpindah ke kampung dan bertempat di rumah saudaranya yang kosong .
Pada masa itu , barulah Karina sedar yang dia perlu lebih berjimat cermat dan jangan suka membazir . Karina dan adik-adiknya yang lain telah disekolahkan di sekolah kampung . Sedangkan dulunya mereka bersekolah di sekolah bandar yang mempunyai ramai bilang pelajarnya. Keadaan ini benar-benar berbeza dan mengubah sedikit sebanyak kehidupan mereka. Hari pertama persekolahan Karina , dia telah di tempatkan di kelas yang berdekatan dengan kawasan perhimpunan . Awal-awal pagi lagi ayah Karina telah menghantar Karina dan adik-adiknya ke sekolah dengan menaiki motosikal . Perasaan takut membuatkan Karina terasa ingin pulang ke rumah . Tetapi niat itu terpaksa di biarkan begitu sahaja kerana rasa kasihan kepada ayah yang bersusah payah menguruskan perpindahan kami ke sekolah baru . Karina berkenalan dengan ramai kawan baru dan berasa semakin selesa . Kawan-kawan Karina kebanyakkan tinggal di sekitar kampungnya dan ada juga yang tinggal di kawasan taman yang berdekatan dengan sekolah .
Setiap hari , ayah akan menghantar dan menjemput Karina pulang dari sekolah . Ada juga kawan-kawannya mengajak Karina menaiki basikal ke sekolah tetapi ibubapanya melarang sama sekali. Ayahnya lagi selesa untuk menghantar dan menjemput anak-anaknya sendiri . Di kampung , adik-adik Karina berkawan dengan sepupu dan teman-teman sekolahnya. Kehidupan di kampung membolehkan kami berkawan dengan sesiapa sahaja yang berdekatan dengan rumah. Tetapi , bagi Karina sendiri dia tidak mudah untuk bermain di luar mungkin persekitarannya dulu membuatkan dia dah terbiasa duduk di rumah dan menghabiskan masa lapangnya dengan menonton televisyen. Setiap hujung minggu , kami sekeluarga akan pergi ke kebun dengan berbekal kan sedikit makanan. Di kebun , Karina dan adik-adiknya akan membantu ibunya dengan hanya mengutip biji kelapa sawit. Manakala ayah akan melakukan rutin hariannya . Kadang kala kami mencari ubi yang tumbuh di dalam kebun . Pada waktu petang pula , ibu akan bercucuk tanam . Ibu kata , berbakti lah dengan tanah sekiranya kita hendakkan hasilnya . Di samping itu juga , kami dapat meringankan beban ayah dengan hanya menggunakan duit belanja yang di beri untuk membeli ikan .
Kami sekeluarga hidup bahagia walaupun tidak semewah dulu . KArina dan adik-adiknya belajar bersungguh-sungguh bagi membahagiakan kedua orang tua . Walaupun kami tidak sepintar genius , kami tetap berusaha untuk menjadi pandai walaupun sesukar mana jalan yang perlu di tempuh itu . Ayah suka berpesan “belajar la rajin-rajin kalau tak nak hidup susah lagi” . Sehingga kini, Karina ingat pesanan itu dan akan jadikan nya pembakar semangat . Kadang kala , pesanan itu juga yang akan Karina ucapkan pada adik-adiknya yang malas belajar . Perkara yang terjadi dulu benar-benar memberi kesan yang sangat mendalam bagi kehidupan Karina . Kini Karina akan meneruskan perjuangannya bagi mencapai cita-cita dan membantu adik-adiknya yang lain terus bergerak seiring dan terus maju ke depan. Dalam mengejar cita-cita Karina dan adik-adiknya akan sering membantu orang tua nya dalam mengharungi kehidupan ini . Tanpa di sedari , telah lama juga kami menetap di kampung . Bagi orang tua kami biar rumah tiada barang asalkan anak-anak mendapat pelajaran yang sempurna . Karina yang dulu nya tidak pernah berenggang dengan keluarga akhirnya terpaksa membawa diri bagi meneruskan impiannya . Kini kami merantau untuk mengubah balik kehidupan kami .
Pesanan untuk semua : ingat lah pengorbanan ayah dan ibu. dan jangan la sesekali melukai hati mereka..
No comments:
Post a Comment